Saturday, January 31, 2009

Semoga 'Bali Bombers' diterima sebagai para syuhada

 Pada 10 November 2008, Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Ali Ghufron - 'the smiling Bali Bombers' - telah menjalani hukuman tembak sampai mati di sebuah penjara di Indonesia. Golongan kuffar menganggap tiga pejuang Islam ini sebagai “Muslim Terrorists” kerana terlibat dalam pengeboman dua kelab malam di sarang maksiat, Kuta, Bali pada Oktober 2002.


Menurut kenalan-kenalan di Indonesia, memangnya ada tanda-tanda tanda-tanda bahawa Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron telah mati syahid; seperti guruh petir tanpa sebarang riak hujan sebaik saja hukuman tembak mati itu selesai, dan juga burung-burung yang terbang mengelilingi rumah ibu Amrozi dan Ali Ghufron (mereka adik beradik) apabila jenazah mereka dibawa masuk ke dalam rumah.


Ada yang ternampak kalimah Allah dilangit diwaktu tiga ekor burung terbang mengelilingi rumah adik beradik Amrozi dan Ali Ghufron.


Samada tanda-tanda tersebut memangnya tanda-tanda mereka mati syahid, dan samada tiga pejuang Islam tersebut telah mati syahid ianya adalah sesuatu yang hanya Allah SWT yang menentukannya.

Saya doa’kan semoga Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron diterima oleh Allah SWT sebagai para syuhada.

Menurut Imam Samudra pengeboman dua kelab malam di pantai maksiat di Kuta, Bali itu adalah tindakan menentang maksiat yang semakin berleluasa di Bali dan juga sebagai tindak balas kepada pembunuhan kaum Muslimin di Iraq dan Afghanistan oleh tentera kuffar Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.

Seramai 202 orang terbunuh dalam peristiwa pengeboman dua kelab malam di pantai maksiat, Kuta itu pada Oktober 2002 termasuklah 88 rakyat Australia, 28 British, 8 Amerika Syarikat dan 38 rakyat Indonesia. Rakyat Indonesia yang terbunuh hampir kesemuanya terdiri dari pengunjung dan pekerja di kedua-dua sarang maksiat tersebut.

Pihak Barat menyifatkan pengeboman di Bali itu sebagai pembunuhan yang kejam ke atas pelancung-pelancung yang dianggap tidak bersalah. Adakah mereka yang datang ke Indonesia, sebuah negara Islam, dan mengunjungi sarang maksiat itu benar-benar tidak bersalah. Mereka mendorong kepada pembiakan maksiat di bumi orang lain. Para pembiak maksiat yang terbunuh itu tidak cukup melakukan maksiat dan kemungkaran di negara-negara mereka sendiri (hinggakan dalam gereja pun pernah dilaporkan berlaku perkara-perkara yang tak senonoh) telah datang pula ke negara lain untuk mengeksport maksiat ala Barat itu.

Pembunuhan pengeksport maksiat di Bali dianggap perbuatan kejam oleh Barat. Tetapi pihak Barat tidak pula menganggap pembunuhan ratusan ribu kaum wanita dan kanak-kanak Islam di Iraq dan Afghanistan oleh tentera mereka sebagai kekejaman keatas kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Menurut statistic United Nations seramai lebih 200,000 wanita Islam dan kanak-kanak telah dibunuh oleh missiles dan serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Britain dalam serangan-serangan awal ke atas Iraq sebelum mereka akhirnya menyerang masuk dan menaklukki Iraq pada 2003.

Dan jangan dilupakan bahawa tindakan ketenteraan ke atas Iraq itu dilakukan dengan pembohongan Presiden Bush kononnya Sadam Hussein memilikki senjata nuclear atau weapons of massive destruction (WMDs). Ya, serangan dan penaklukkan Iraq berdasarkan pembohongan oleh Bush yang anggap dirinya sebagai 'born again Christian'. Born again Christian, my foot.

Pembunuhan 202 orang yang kebanyakkannya adalah pengeksport maksiat dikecam hingga ke hari ini. Tetapi pembunuhan lebih 200,000 wanita dan kanak-kanak Islam di Iraq yang benar-benar tidak bersalah oleh tentera kuffar Amerika Syarikat, Britain dan kuncu-kuncunya dianggap oleh Barat sebagai tindakan yang patut dipuji. Sungguh 'pevert' jalan pemikiran orang-orang Barat.

Tidak terdapat statistic UN yang menganggarkan seramai mana kaum wanita dan kanak-kanak Islam yang terbunuh dari serangan-serangan udara dan missiles Amerika Syarikat ke atas Afghanistan. Mungkin bilangannya terlalu ramai yang memerlukan maklumat tersebut disembunyikan.

Apalah 202 orang yang kebanyakkannya pembiak maksiat terbuhuh di Bali berbanding dengan ratusan ribu kaum Muslim yang dibunuh di Iraq dan Afghanistan oleh tentera kuffar.

Semoga Allah SWT menerima semua kaum Muslimin yang dibunuh oleh tenteras kuffar itu sebagai para syuhada. Dan semoga Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron diterima juga oleh Allah SWT sebagai para syuhada. Ameen.

Adalah diharap Indonesia yang anggap ianya negara Islam yang terbesar di dunia akan bertindak menghapuskan kegiatan maksiat yang semakin menjadi-jadi di Bali. Sarang maksiat di Phatpong, Bangkok pun sudah dikerdilkan oleh tahap kemaksiatan di Bali.

Tarikh pihak berkuasa Indonesia menetapkan hukuman mati ke atas Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron beberapa juga menimbulkan tanda tanaya. Tarikh 10 November itu hanya beberapa hari setelah selesai pilihanraya perlantikan Presiden Amerika Syarikat yang baru di aman Barrack Hussein Obama (yang ada sedikit latarbelakang Islam) telah mengalahkan McCain. Adakah ‘timing’ pelaksanaan hukuman mati tersebut dilakukan dengan tekanan dari Amerika Syarikat untuk mengingatkan Obama yang mahu mengadakan perundingan dengan "Islamic militants" tentang "bahaya" "Islamic terrorism".

Presiden Bush mahukan peperangan untuk menghapuskan Islam diteruskan oleh Obama dan bermacam tindakan telah diambil oleh Bush di akhir-akhir pentadbirannya untuk memastikan peperangan keatas Islam itu akan terpaksa diteruskan bila Obama mengambil alih.

Obama dinasihatkan supaya melihat sahaja apa sedang dialami sekarang ini oleh Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Presiden Bush yang amat benci kepada Islam itu. Amerika Syarikat dilanda bermacam bencana alam dan sekarang ini pula dilanda krisis kewangan dan kegawatan ekonomi yang mengugat kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa terkuat di dunia.

Bagi saya, krisis kewangan dan kegawatn ekonomi yang chronic yang dialami Amerika Syarikat sekarang ini adalah balasan Allah SWT terhadap Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Bush yang memerangi Islam.

Tahap kemaksiatan, keruntuhan akhlak (moral decadence) serta kemungkaran di Amerika Syarikat juga sudah samapi di tahap terlalu tinggi hinggakan di dua buah negeri telah dibenarkan perkahwinan sejenis – same sex marriages. Yang dahsyat sekali adalah kesanggupan sesetengah gereja Kristian untuk merasmikan pernikahan sesama sejenis itu. California yang baru-baru ini memilih untuk tidak mengiktirafkan 'same sex marriages' menghadapi tekanan dan dituduh sebagai mencabul hak asasi manusia. Bible yang meriwatkan bagaimana masyarakat yang mengalakkan hubungan seks sesama sejenis dimusnahkan oleh Allah SWT telah diketepikan.

Sejarah telah memperlihatkan bahawa kerutuhan moral (moral decadence) adalah antara sebab utama yang membawa kepada keruntuhan sesebuah empayar. Bagi saya detik-detik permulaan dalam keruntuhan empayar Amerika Syarikat jelas sudah pun bermula. Amerika Syarikat yang berusaha untuk menghapuskan Islam kini diambang keruntuhan. Jelas bagi saya bahawa tiada kuasa manusia di dunia yang boleh mengugat Islam, the only true religion.

Kita doa'kan dan lihat keruntuhan empayar Amerika Syarikat yang memerangi Islam itu.

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!


http://asmeer82.blogspot.com/

Umat Islam kurang berdakwah


Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.

Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas, apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada muslim yang menegur.

Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat dengan tidak diberi pahala dan seterusenya menjadi penghuni neraka.

Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu �Usul Fiqh� maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT).

Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : �Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.�

Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih berpeluang untuk melakukannya.

Kewajipan menyampaikan informasi agama kepada ummah

Hal ini telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis Sohih riwayat Ibnu Omar r.a. daripada Rasulullah yang bermaksud : �Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat, tidak menapa kamu lakukan (ceritakan) riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka.� Hadis riwayat Imam al-Bukahri dan at-Tirmizi.

Jelas daripada keterangan hadis di atas, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengarahkan umatnya agar sentiasa menjalankan kewajipan menyampaikan ajaran Islam sesama mereka tanpa perasaan prejudis, ia bertujuan untuk menyelamatkan saudara-saudara seagama daripada terus dirundung malang seperti tidak mampu untuk menguasai ilmu-ilmu agama yang semestinya mereka wajib pelajari.

Kita cuba sama-sama bertanya pada diri sendiri, mengapa masih tidak mampu untuk bercakap pada perkara atau urusan agama? Sedangkan kita sudah lama menjadi orang Islam, sedangkan pada masa yang sama saudara-saudara baru kita bersungguh-sungguh menarik orang lain kepada Islam, mereka mempersiapkan diri dengan informasi agama dalam pelbagai pendekatan, sedangkan kita yang sudah bergelar saudara lamapun masih di takuk lama, tidak mahu berubah, kita kata mahu masuk syurga, belajar pun tak mahu, menguasai ilmu agama pun tidak mahu, apatah lagi untuk menyampaikan maklumat Islam kepada orang lain, apakah kita rasa kita sudah berbakti kepada agama?.

Apa yang dapat kita saksikan menerusi program-program di kaca TV, ramai orang Islam petah bercakap mengenai filem, drama, hiburan, sukan tetapi pada masa sama idak berapa petah atau fasih tentang Islam, rasa janggal dan kekok untuk memperkatakannya, bila bercakap tidak mampu untuk berlapik dengan ayat-ayat al-Quran walaupun satu ayat daripadanya, begitu juga dengan hadis-hadis Nabi s.a.w. Sedangkan kita bukan sehari dua menganut Islam, sudah mencecah puluhan tahun dan diberi banyak peluang untuk menguasainya, tetapi tidak mahu melakukannya.

Nabi s.a.w. menyarankan kepada kita apa yang termampu kita sampaikan, kalau tahu satu informasi, sampaikanlah juga kepada orang lain agar mereka juga dapat diingatkan dengan keindahan Islam, kalau tahu dua sampaikan dua, begitulah seterusnya, apa yang menduka-citakan banyak pihak di kalangan orang awam, membiarkan maksiat terus berleluasa tanpa dicegah dan tidak juga menyuruh kepada perkara yang baik-baik yang dijanjikan dengan pahala yang besar daripada Allah SWT, akhirnya umat terus hanyut dalam lautan kegelapan dan merasakan tindakan yang mereka selama ini betul belaka.

Hadis di atas juga mengingatkan kepada kita bahawa tidak menjadi masalah dalam agama Islam jika kita menceritakan perkara-perkara jahat yang dicetuskan oleh orang-orang Yahudi yang sering merancang untuk melakukan kerosakan dalam alam maya ini, sama ada kerosakan dari sudut akhlak manusia atau dalam sistem ekonomi agar manusia tenggelam dalam kancah yang dihina oleh Allah SWT.

Bani Israel (Yahudi) merupakan makhlak perosak yang mencipta segenap perancangan jahat untuk memusnahkan bangsa manusia seluruhnya, perkara ini telah dibonkar oleh al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam hingga hari kiamat, siapa yang berjaya menguasainya pasti akan selamat sebaliknya siapa yang mendustakannya pasti tidak akan selamat di akhirat.

Seperkara lagi yang diingatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis berkenaan, larangan kepada umat Islam dari melakukan tindakan berani dengan membohongi ajaran baginda, menedustai Nabi bermaksud, kita bercakap dan menyandarkan kata-kata itu kepada Rasulullah, sedangkan apa yang kita cakap tidak pernah dinyatakan oleh baginda, begitulah tindakan sebaliknya, menafikan sunnah baginda juga boleh dianggap sebagai tindakan membohongi baginda s.a.w. Akibatnya seseorang itu layak dimasukkan dalam api neraka dengan bangkunya yang disediakan daripada api neraka juga. lanh _

Pilihan Raya:Memilih PAS atau Umno

Sesungguhnya Islam tidak hanya mewajibkan jihad dalam medan pertempuran dengan mengangkat senjata menghadapi pihak yang serba lengkap dengan peralatan persenjataan.Menuntut ilmu, keluar mengundi bagi menentukan para pemerintah yang adil, melawan hawa nafsu juga adalah termasuk bahagian-bahagian jihad yang ditetapkan oleh Islam.

Memilih PAS atau Umno

Sesungguhnya Islam tidak hanya mewajibkan jihad dalam medan pertempuran dengan mengangkat senjata menghadapi pihak yang serba lengkap dengan peralatan persenjataan.Menuntut ilmu, keluar mengundi bagi menentukan para pemerintah yang adil, melawan hawa nafsu juga adalah termasuk bahagian-bahagian jihad yang ditetapkan oleh Islam.

Tidak kurang juga tanggungjawab menjalankan �Amar Makruf dan Nahi Mungkar� merupakan tugas jihad yang semakin kurang dihidupkan peranannya sejak kebelakangan ini lantaran kesibukan tugasan harian sama ada di rumah mahupun di pejabat.

Antara peranan atau tugas Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang mesti dijalankan dalam masyarakat umat Islam ialah untuk memberi nasihat atau mengingatkan golongan penguasa/pemerintah agar melaksanakan perintah Allah secara praktikal berdasarkan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran meliputi aspek kenegaraan, kemasyarakatan, sistem politik, ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, penyelesaian terhadap permasalahan remaja dan sebagainya.

Tanggungjawab parti, pertubuhan atau gerakan Islam menasihati pemerintah

Nasihat atau memberi peringatan kepada pemerintah yang tidak komited dengan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran serta pelaksanaannya, adalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana parti, pertubuhan atau gerakan Islam dalam sesebuah negara, ia bertujuan agar pemerintah tidak mengheret sama masyarakat umat Islam agar menjadi umat yang tidak berfungsi dengan elemen-elemen agama seperti yang diperintahkan Allah.

Selagi mana terdapat pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum, undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan Allah dalam al-Quran, maka ia patut diberi teguran agar seluruh masyarakat khususnya umat Islam tidak menanggung beban di akhirat atas kealpaan mereka kerana membelakangkan hukum-hukum Allah.

Jika pemerintah merupakan golongan yang mudah menerima teguran atau nasihat, maka pihak terbabit seperti di atas wajib melakukannya, jika sebaliknya pemerintah adalah jenis yang sukar menerima sebarang teguran malah mengenakan tindakan yang tidak munasabah ke atas golongan yang menegur mereka, maka saluran yang betul perlu dicari bagi membetulkan keadaan, ia tidak lain adalah dengan saluran pilihan raya.

Pilihan raya satu kewajiban ke atas umat Islam

Apabila segala pendekatan nasihat tidak dapat disampaikan dengan baik, walaupun ia adalah yang terbaik bagi merubah seseuatu keadaan, maka umat Islam wajib mencari satu pendekatan, kaedah atau cara yang tidak melanggar ketentuan dan hukum Islam, ia tidak lain adalah melalui proses pilihan raya.

Walaupun pilihan raya itu dianggap bukan sebagai matlamat terakhir, tetapi ia diterima dan disifatkan sebagai wasilah bagi membolehkan proses "Amar Makruf dan Nahi Mungkar" sebagaimana yang ditegaskan di kalangan para ulama� kontemporari seperti Syeikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Faisal Molawi, Dr Fathi Yakan, Dr Muhammad Said Hawwa dan lain-lain.

Ini bermakna apabila pilihan raya yang menjadi medan bagi menentukan kedudukan pemerintah selepas itu tidak disertai oleh segelintir muslim, maka mereka berdosa kerana memberi laluan dan kemenangan percuma kepada pemerintah yang zalim dengan pelbagai tindakan kejam seperti ISA kerana dengannya mereka yang ditahan di bawah akta itu dipisahkan dengan ahli keluarga sedangkan ia adalah dilarang oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Apatah lagi jika pilihan raya mengandungi unsur-unsur penipuan dalam kiraan undi, pemindahan peti-peti undi ke tempat di mana calon pemerintah dikhuatiri tewas di tangan calon pembangkang dan sebagainya, maka penyertaan dalam pilihan raya oleh setiap muslim bukan lagi dianggap sebagai satu keharusan, malah ia wajib bagi memastikan penipuan dan pembohongan tidak berlaku kerana ia melanggar etika akhlak yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah yang menganggap mereka yang berbohong ke atas umat Islam bukanlah dari golongan baginda Rasulullah.

Perkara itu telah ditegaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh ar-Rafi�e daripada Ali Bin Abi Talib yang bermaksud : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menipu orang Islam, memudaratkannya atau melakukan sesuatu yang dibencinya. (hadis Hasan)

Memandangkan kemungkaran sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kerana ia dijana oleh pihak berkuasa yang membelakangkan hukum Allah, dengan mereka cipta pelbagai bentuk maksiat khususnya hiburan keterlaluan dengan pelbagai nama dan pendekatan, maka menjadi kewajiban ke atas semua pengundi khususnya yang beragama Islam mengembalikan kemuliaan Islam dengan memenangkan calon yang berjiwa Islam dari segenap butir diri yang bertanding.

Memilih antara PAS atau Umno

Kalau dilihat kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihan raya dalam negara kita Malaysia ini iaitu antara PAS dan Umno, dari segi luarannya memang ia mewakili bangsa Melayu, tetapi apabila dilihat dari segi dasar perjuangan parti, ia amat berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana PAS sejak dari mula penubuhannya sebagai sebuah parti politik meletakkan bahawa al-Quran adalah sandaran perjuangan, dalam erti kata PAS sedaya upaya mendaulatkan isi -kandungan al-Quran dan menjadikannya perlembagaan tertinggi dalam negara.

Justeru, para pemimipin PAS serta calon-calonnya yakin bahawa etika akhlak penting lebih-lebih lagi dalam pilihan raya, ia merupakan amalan harian sepanjang masa,.

Berbeza dengan pemimpin Umno yang tidak beretika dengan akhlak Islam, ini dapat dibuktikan dengan banyaknya penganjuran program maksiat, walaupun ia dibantah oleh kumpulan cendekiawan serta golongan ulama� Islam, namun pandangan mereka dipinggirkan kerana bimbang tidak mendapat sokongan padu dalam pilihan raya dari golongan remaja yang sukakan hiburan.

Begitu juga pada awal kemenangan pilihan raya umum 2004, ketika PM menjanjikan kepada umum untuk menangkis sebarang penyelewengan khususnya yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pemimpin atau menteri, namun ia sekadar untuk menyedapkan halwa telinga para pengundi, selepas daripada itu ia hanya tinggal kenangan yang akan berulang pada janji-janji pilihan raya umum ke 12 akan datang. - azm _

Presiden PAS dan rombongan pimpinan serah dana RM 250,000, tinjau penderitaan Gaza

RAFAH, Mesir 31 Jan (Hrkh) - Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memaklumkan kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin melalui sistem pesanan ringkas (sms) bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 20 anggota rombongan PAS telah berjaya menyampaikan sumbangan bantuan kemanusiaan PAS sejumlah RM250,000 untuk meringankan derita penduduk Gaza di Palestin.

Kata Dr. Hatta yang kini berada di sana, Ustaz Hadi dan rombongan termasuk sembilan ahli parlimen PAS mahu melihat sendiri kemusnahan yang dialami rakyat Palestin di samping menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan kemanusiaan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung umat Palestin akibat serangan Zionis.

Rombongan pimpinan PAS yang berlepas ke Mesir 28 Januari lalu telah selamat tiba di Rafah semalam dan dalam usaha menuju ke Gaza, Palestin.

"Rombongan Presiden PAS telah mendapat taklimat daripada Duta Malaysia di Mesir dan turut mendapat sokongan namun kerajaan Mesir tidak membenarkan kami memasuki Gaza, dan masih berada di Rafah," katanya melalui sms tersebut.

Sebelum itu katanya, mereka telah melawat Hospital Arish pada sebelah paginya untuk melihat mangsa serangan Israel ke atas Palestin.

"Ramai sukarelawan pelbagai bangsa kecewa kerana tidak dapat sumbang bakti di Gaza akibat peraturan ketat kerajaan Mesir,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Arish jauhnya 40 kilometer dari Rafah dan adalah bandar berhampiran dengan sempadan antara Mesir dengan Palestin.

ImageDi hospital itu katanya Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.

"Selain itu, Presiden dan rombongan dalam rangka lawatan menemui para pemimpin Ikhwan di Mesir, kemudian Damsyik, Beirut dan Amman seterusnya berjumpa dengan pemimpin Hamas sendiri.

"Objektif utama selain menyalurkan pelbagai jenis bantuan, Presiden dan pimpinan PAS mahu berbincang dan merangka bersama-sama pemimpin tersebut mekanisme dan tindakan terbaik bagi mengatasi kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin khususnya Gaza disamping menilai sendiri kemusnahan yang dialami untuk tujuan bantuan seterusnya ," katanya.

Keesokannya (31 Januari, hari ini), rombongan pimpinan PAS itu akan berlepas ke Damsyik untuk menemui pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meshaal bagi meneliti langkah-langkah selanjutnya untuk rakyat Palestin khususnya melibatkan pembangunan semula Gaza dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.

"Kami seterusnya akan melalui jalan darat ke Beirut menemui pemimpin gerakan Islam termasuk Hamas dan Fathi Yakan untuk berbincang masalahummah dan tindakan terdekat. Destinasi terakhir ialah Jordan untuk menemui pimpinan Ikhwan Muslimin dan untuk dapat taklimat tentang Tebing Barat.

"Jumlah sumbangan PAS sebanyak RM250,000 yang diterima daripada pelbagai pihak dan masyarakat prihatin di Malaysia telah berjaya kita sampaikan," katanya. Image

Selain beliau dan Presiden, ahli parlimen yang turut serta dalam rombongan ialah Salahuddin Ayub (Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS), Dr. Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Dr. Lo' Lo' Ghazali (Tititwangsa), Dr. Mujahid Rawa (Parit Buntar),Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Hayati Othman (Pendang), Roslan Shaharum (Bukit Gantang) dan beberapa akitivis yang lain.

"Terima kasih atas doa, sumbangan dan keprihatin orang ramai kepada rakyat Palestin dan semoga semangat perjuangan sentiasa disemarakkan dan doakan kami selamat kembali," kata Dr Hatta dalam sms ketujuh kepada Azamin lewat jam 10.00 malam semalam. - azm

(Bagi yang bersimpati sudikanlah menghulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298). _

PUISI PEJUANG

Thursday, January 29, 2009

PERJUANGANKU SEKIAN LAMA

barisanrakyat2.jpg

Perubahan itu perubahan yang besar.

Daripada debat tentang konsep-konsep Islam dan Negara Islam, PAS melakukan suatu pendekatan yang amat drastik dengan beralih kepada menjelaskan bagaimana Islam dan kenegaraan yang diperjuangkan oleh PAS, boleh memperbaiki masyarakat.

Lantas tawaran PAS lebih sejagat kepada masyarakat Malaysia yang berkepelbagaian latar belakang dan kefahaman.

Daripada pendekatan mengheret pengundi kepada menekuni PROSES, kini PAS lebih mempromosikan OUTPUT dan menyerahkan urusan PROSES kepada jentera kerajaan (jika menang) untuk mengendali dan merealisasikannya.

Ia suatu perubahan yang besar, dan saya melonjakkan syukur kerana bertambah satu lagi contoh bagaimana pemikiran dinamik yang mengalu-alukan idea segar, tepat dan jelas… menjadi kunci kepada survival parti, ummah dan tamadun manusia keseluruhannya. Challenge and response… itu kata kuncinya.

MEMBUKA HARAPAN

Saya masih ingat kepada perbualan saya dan rakan bersama beberapa teman dari Centre for Public Policy Studies and akhbar kewangan The Edge, bahawa “harapan masih ada untuk PAS” kerana nyata sekali bahawa PAS bukanlah sebuah Parti ala-Taliban seperti yang sering dimomokkan oleh akhbar seperti The Star dan yang seumpama dengannya.

Kesediaan PAS untuk meneroka bahasa sejagat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip Islam, membuka lebih banyak ruang kepada memberi kefahaman kepada masyarakat, mendidik mereka dan seterusnya menjemput kerjasama yang lebih luas ke arah cita-cita menegakkan Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafoo.

PENGHAYATAN ATAS BAWAH

Namun sejauh manakah perubahan ini dihayati oleh pendukung PAS dari atas ke bawah?

PAS telah pun mengadakan taklimat berkenaan dengan manifesto Pilihanraya ke-12, di Taman Melewar pada 6 Februari 2007 untuk jentera pilihanraya. Penjelasan mengenai perjuangan ke arah sebuah “Negara Beramanah, Bersih, Adil dan Berkebajikan”, disampaikan dengan terpeinci, malah mendahului parti-parti komponen Barisan Alternatif yang lain.

Akan tetapi, sebaik sahaja taklimat ini berjalan, pergerakan promosi manifesto ini ada kalanya kelihatan tidak selaras dengan hasrat dan cita-cita yang telah disuarakan.

Di alam siber, artikel-artikel LAMA, tentang jenayah pemimpin Barisan Nasional memperlekehkan hukum hudud pada tahun 1990an telah disebarkan semula. Hal-hal yang bersangkutan dengan kebobrokan pihak yang alergik dengan perundangan Islam, kembali beredar dari satu inbox ke satu inbox yang lain… dan soalnya ialah, sejajarkan hal ini dengan pendekatan dan manifesto PAS untuk pilihanraya ke-12 akan datang?

Masuk ke hari penamaan calon, masih kedengaran laungan-laungan yang tidak mencerminkan perubahan yang telah berlaku kepada PAS.

“Hancur kuffar!”

“Hancur sekularisma!”

Slogan-slogan seumpama itu dikeluarkan kembali dari gerobok simpanan dan dimuntahkan tanpa memikirkan sejauh mana kesan slogan sedemikian rupa kepada hasrat PAS untuk menjana suatu perubahan?

Malah ada di antara calon, masih menggunakan bahasa Pilihanraya 1999 dan 2004 dalam taklimatnya selepas penamaan calon, bercakap tentang kepentingan hukum hudud dan subjek-subjek yang tidak selaras dengan manifesto PAS 2008.

MANIFESTO SEJAGAT, SLOGAN SEJAGAT

Jika perubahan yang berlaku itu adalah perubahan yang benar-benar mahu dilihat kejayaannya, maka PAS harus bergerak selari di antara hasrat kepimpinan dan jentera penggerak. Bahasa-bahasa baru yang lebih menepati cita-cita PAS di tahun 2008 mesti dipopularkan agar laungan yang dijana, mencetuskan momentum yang betul, dan bukannya menggatalkan kepala rakan-rakan di Barisan Alternatif serta para pengundi yang tekun memerhati.

“Hancur kezaliman”

“Hancur penipuan”

“Hancur korupsi”

“Hancur perhambaan”

“Hancur …. (fill in the blanks)”

Banyak lagi slogan yang boleh terbit dari manifesto PAS 2008, asalkan homework dibuat dan bukan hanya membuka gerobok untuk Siaran Ulangan.

Pepatah Arab menyebut:

maqammaqal.jpg
“Bercakap biar bertempat”

Kebijaksanaan pendukung PAS memilih perkataan yang betul akan menjadi bukti terbaik kepada masyarakat bahawa perubahan yang berlaku itu adalah perubahan yang berisi. Bukan sekadar menukar baju mengikut musim.

SYARAT BERJUANG

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah menyukai golongan yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan berbaris rapi, seakan-akan mereka itu sebuah bangunan yang terbina kukuh” (Al-Saff : 4)

Allah menyintai orang yang berjuang.

Tetapi bukan semua pejuang dicintai Allah.

Cinta Allah hanya untuk pejuang dan perjuangan yang tersusun, sistematik dan rapi. Sunnatullah kembali menjadi persoalan.

“Seeru ‘ala barakatillah”

taknak_bn.jpg

Abu Saif @ www.saifulislam.com

Wednesday, January 28, 2009

APA MAKNA SYAHID? JAWABNYA ADA DI GAZA.

Kirim Print
Allah SWT berfirman :

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya”. (Al-Baqoroh : 154

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. Mereka dalam Keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman. (yaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). bagi orang-orang yang berbuat kebaikan diantara mereka dan yang bertakwa ada pahala yang besar. (yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”.(Ali Imron : 169-172)

Syahid diirngi dengan syahid lainnya, jenazah datang silih berganti, iringan pembawa jenazah di Gaza tidak pernah berhenti, berpuluh-puluh orang tua memberikan ciuman terakhir dan perpisahan kepada anak-anak mereka dengan sabar dan keimanan yang tegar, dan ibu-ibu yang dengan ikhlas memberikan ucapan selamat tinggal kepada buah hati mereka yang mereka cintai.

“Jika saat ini kaum muslimin ingin memahami makna syahid yang disampaikan oleh Allah dan memberikannya derajat yang tinggi, memahaminya secara factual makna syahadah dan nilai-nilainya maka tidak akan didapatkan di dunia manapun tempat yang lebih baik dan afdhal dan gambaran yang jelas dari apa yang ada di Gaza akan makna syahadah yang mulia ini”.

Itulah ungkapan yang disampaikan S.R salah seorang pasukan perlawanan dengan bangga saat berada di perbatasan dalam menghadapi permusuhan Israel di Gaza. Dan dengan bangga juga beliau mengatakan : “Gaza merupakan sumber para syuhada yang sangat fenomenal di dalam dunia Islam saat ini, yaitu mengingatkan umat Islam makna kata syahadah dan apa yang mengiringinya dari petunjuk-petunjuk yang mulia tersebut”.

Bersamaan dengan mengalirnya air mata dan sungai darah dengan deras, tampak jalur Gaza yang tegar dan teguh menakjubkan. Dan dengan ucapan yang penuh keikhlasan kami sampaikan : “Selamat tinggal… selamat tinggal… kapan kita bisa bertemu kembali? “Telah bertambah para syuhada datang silih berganti, telah meninggalkan kita para syuhada yang mulia”.

Dengan lantunan yang indah diceritakan akan keajaiban syahadah yang merupakan cendera mata yang indah di alam yang kekal meninggalkan jalur Gaza dari anak-anak, pemuda, orang tua dan wanita yang berlomba-lomba menghadirkan para syuhada berikutnya.

Pesawat-pesawat tempur Israel dengan bermacam kendaraannya dan beragam warnanya yang menghujani bom di atas langit jalur Gaza tidak membuat mereka gentar dan takur, bahkan mereka dengan gagah berani maju menjadi pahlawan yang gagah, berdiri tegak menjadi tameng, menghadang para penjajah yang datang membawa dalam jiwa mereka ruh kematian… mereka menyebar dengan sarana sedikit dihadapan alat yang keras dan alat perang super canggih, namun mereka tetap berani menghadapinya : “Betapa banyak kelompok sedikit mampu mengalahkan kelompok yang besar dan banyak jumlahnya dengan izin Allah”. (Al-Baqarah : 249)

Jalur Gaza hingga hari ini tidak pernah berhenti menghadirkan syuhada, datang silih berganti, semuanya meninggalkan cerita dan kisah menarik dan penuh dengan kepahlawan dan perlawanan yang gagah dan kebanggaan sehingga menambah umat Islam ketsabat (keteguhan).

Sungguh ganjarannya adalah surga-surga wahai bunda…

Abdullah misalnya mencium tangan bundanya pada malam itu, dan bersegera pergi keluar menerobos kegelapan malam di tengah kota, walaupun ibunya berusaha mengingatkannya untuk tinggal di rumah pada malam itu, karena khawatir akan ada serangan dan bom yang jatuh menimpa dirinya, namun peringatan tersebut tidak berarti baginya. Abdullah menggenggam tangan ibunya dengan penuh rasa hormat lalu menciumnya dengan penuh kehangatan, lalu dia berkata kepada bundanya : “Bunda, jika saya tetap disini tidur dengan nyenyak, dan tetangga kita melakukan itu juga, sementara sahabat-sahabatku keluar berjuang dengan gagah berani… maka kenapa aku tidak boleh ikut bersama mereka sehingga aku dapatkan pasukan penjajah yang berjalan di sekitar rumah kita lalu membunuhnya”… kemudian dia menambahkan perkataannya : “Sungguh kalau aku datang membawa syahdah… janganlah engkau bersedih… karena yang demikian ganjarannya adalah jinan (surga-surga) wahai ummi Abdullah… jinan (surga-surga) bukan jannah saja”.

Adapun Abu Raid kisahnya lain lagi, beliau menghubungi kedua anaknya yang berada di perbatasan menjaga kamp pertahanan bukan untuk memberikan wasiat agar mereka tenang namun justru memberi memotivasi untuk berjihad lebih banyak dan lebih banyak lagi dan memberikan bekal dengan keimanan yang matang: beliau menyampaikan kepada kedua anaknya akan besarnya ganjaran syahadah dan apa-apa yang menunggu mereka… dengan penuh tsiqoh dia berkata : “Kita menghadiahkan kepada kaum muslimin pelajaran-pelajaran akan makna tsabat dan cinta syahadah di jalan Allah, mereka adalah prajurit yang dilindungi oleh mobil-mobil tank yang tangguh dan pesawat-pesawat tempur yang canggih, sementara anak-anak kita menghadapi mereka dengan telanjang dada dengan penuh keberanian dan ketegaran”.

Seorang wanita Palestina dengan penuh senyum dan cahaya yang menyinari wajahnya yang menjadi salah satu pahlawan perjuangan bersama sayap militer hamas al-qassam. Abu Raid menyampaikan wasiatnya sebelumnya kepergiannya menjemput syahadah…

Adapun pejuang lainnya berkata kepada situs islamonline.com : Kami rindu kematian sebagaimana mereka merindukan kehidupan, karena kematian kami adalah syahadah dan kehidupan yang tidak akan punah selamanya”.

Disisi lainnya ada seorang wanita yang anaknya mati syahid di jalan Allah, dia memanggil suaminya dengan penuh kegembiraan seperti yang dilakukan oleh ibu-ibu lainnya dengan penuh kebanggaan, dia berkata : “Kelak dia akan memberikan syafaat kepada saya, orang tuanya dan tujuh puluh orang dari keluarganya , maka kemuliaan apa lagi yang saya inginkan selain dari ini semua… anak-anak kami tidak mati namun mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan rizqi yang berlimpah”.

Muhammad Syihab wakil MPR dari parlemen HAMAS mencium anaknya yang masih muda yang bernama Abdurrahman, yang telah mendapatkan syahidnya pada hari itu dan dengan penuh ketegaran beliau berkata kepada para wartawan : “Kita telah berpindah dari marhalah sabar kepada ridla… Anak-anak kita telah mendapatkan apa yang mereka cita-citakan…Demi Allah, kami sebagai orang tua mereka, juga menginginkan syahadah sebelum mereka.. kami iri dengan mereka yang telah mendahului kami mendapatkan surga firdaus yang tinggi tingkatannya”.

Allahu Akbar walillahilhamdu

sumber : ikhwanpress.com

TOK JANGGUT: PEJUANG ATAU PENDERHAKA?




Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.

Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Isu 1: Ada apa dengan haji?

Bilamana disebutkan nama seseorang itu bermula dengan Haji, contohnya Haji Wan, akan terbayang kepada kita wajah seorang pakcik yang tenang wajahnya, berkopiah, dan sedang senyum ke arah kita. Satu bayangan atau persepsi yang dirasai oleh semua orang tanpa perlu diajarkan kepada mereka. Kesamaan universal!

Mungkin ada yang kurang faham sejauh mana peranan Haji dalam kebangkitan masyarakat menentang penjajah. Untuk melihat impak Haji ini kita kena terjun dan menyelami situasi masyarakat nusantara pada ketika itu. Haji ketika itu dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat.(Acheh)

Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:

“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Hebatnya pengaruh Haji ini sehinggakan British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan menyokong kerajaan British dalam peperangan!

Ringkasnya kita dapat simpulkan yang nama Haji Mat Hassan itu sahaja sudah cukup untuk menggerunkan British ketika itu!

Isu 2: Cukai yang membebankan

Semasa dibangku sekolah dahulu, aku diajar yang kebangkitan Tok Janggut adalah disebabkan oleh cukai semata-mata. Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi, syabas dan tahniah aku ucapkan kepada pihak kementerian kerana hari ini fakta tersebut telah diperbetulkan!

Sultan Mansur merupakan Sultan Kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Sultan Mansur merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat. (Perhatikan kaitan Haji dan ulama!!!)

Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.

Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.

Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana system ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu.

Apa undang-undang tanah tradisional Melayu?

Nah, buka mata anda. Ketahuilah semua bahawa undang-undang tanah tradisional Melayu adalah undang-undang tanah ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan system tanah baru sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!

Sahabat-sahabat sekalian, kalau sekarang ini bilamana PAS menyuarakan keinginan untuk melaksanakan Hudud, kala itu sudah ada penyokongnya kerana mereka sudah tahu keberkesanannya. Apatah lagi reaksi masyarakat yang ketika itu sememangnya HIDUP di bawah perlaksanaan hukum Islam(Zaman Sultan Mansur), lalu tiba-tiba ingin dihapuskan! Maka ketahuilah sahabat-sahabat semua, perjuangan Tok Janggut dan kawan-kawan bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Saat itu menyaksikan rakyat membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli. Kampung Cherang Tuli merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKAN penentangan cukai semata-mata, tapi PENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Isu 3: Kebangkitan peribadi

Terima kasih kepada Prof Nik Anuar Nik Mahmud di atas kupasan yang cukup menarik dalam isu ini. Mungkin ada yang mengatakan kebangkitan Haji Mat Hassan ini lebih bersifat individu, kebangkitan untuk meraih kepentingan sendiri semata-mata. Atau mungkin ada yang berpendapat pemberontakan ini hanya berpunca dari kekecewaan pembesar daerah mengenai kekuasaan dan kedudukannya.

Aku ingin bertanya:

Berapa usia Tok Janggut@Haji Mat Hassan ketika beliau memimpin penentangan ini?

Tok Janggut pada ketika itu berusia 65 tahun. Ulangan, 65 tahun. Apakah seorang yang sudah berusia sanggup melawan British yang sangat berkuasa itu atas dasar kepentingan diri semata-mata? Bukankah harga yang perlu dibayar dengan menentang British jauh lagi MAHAL berbanding harga cukai tinggi yang dikenakan!

Harga sebuah perjuangan!

Harga sebuah perjuangan?



Sahabat,

British punya angkatan tentera yang tidak usah dicerita akan ramainya. Punya puluhan kapal-kapal perang yang sedia membedil mereka-mereka yang membuat angkara.

Tapi mereka yang memberontak di Pasir Puteh ini memiliki apa?

Mereka tidak ada kapal perang.

Mereka tidak ada bedil-bedil atau senapang-senapang secanggih askar British.

Mereka tidak punya angkatan tentera yang ramai.

TAPI MEREKA MEMILIKI SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH!!

Semangat inilah yang dibuktikan oleh Khatib Abu Bakar yang berdepan dengan tentera Inggeris berbangsa Sikh tanpa rasa gementar dan takut sedikit pun. Beliau hanya bersenjatakan sebilah golok!

Isu 4: Pemberontakan reaktif


“Pemberontakan di Pasir Puteh ini adalah sebagai satu respon di atas tindakan British yang kurang ajar. Ia hanya bersifat lokaliti semata-mata dan tidak tersusun.”

Aku MENOLAK pendapat ini atas beberapa alasan:

1. Seruan Jihad

Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914. Pemberontakan Tok Janggut adalah pada 1915.

Jadi macam mana seruan jihad ini boleh sampai di Tanah Melayu? Pertama-tamanya, mari kita melihat siapa itu Haji Mat Hassan.

Tahukah anda Haji Mat Hassan pernah menuntut di Mekah dan berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Haji Mat Hassan pulang dari Mekah pada tahun 1910.(Rujuk tulisan atas untuk melihat apa yang terjadi di Kelantan pada 1910)

Siapa Syeikh Wan Ahmad? Beliau merupakan guru kepada hampir seluruh ulama nusantara ini! InsyaAllah aku akan mengupas berkenaan Syeikh Ahmad ini. Ringkasnya Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu iaitu Jami’yatul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.

Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani –> Tuan Haji Mat Hassan

2. Sebelum pemberontakan di Kelantan ini, telah berlaku beberapa siri pemberontakan:


1833, Vietnam(Champa) - Gerakan pembebasan oleh Katip Sumat. Tidak kenal Katip Sumat? Mari aku terjemahkan. Katip Sumat ini adalah nama yang telah mengalami evolusi, asalnya Katip Sumat ini merujuk kepada Khatib Abdul Samad!

Akhir abad ke-19, Indonesia - Cetusan gerakan kesedaran Gerakan Pan-Islamismee oleh Konsul Sadik Bey dan Duta Muhammad Kamil Bey.

1915, 15 Februari, Singapura - Askar-askar Indian Muslim dari pasukan 5th Light Infantry, di bawah pimpinan Haji Nur Alam Shah, Imam Masjid Kampung Jawa telah memberontak sebagai menyahut seruan jihad Turki Uthmaniyyah.

Sebenarnya 3 pemberontakan ini saling berkait antara satu sama lain. InsyaAllah akan aku ulas di tulisan yang akan datang.

3. Pemberontakan Singapura

Pemberontakan di Singapura menjadi topik perbincangan orang-orang Melayu di Kelantan. Calvert Wells, seorang pegawai British di Kelantan mencatatkan:

“…the Malays in Pasir Mas were said to be discussing the Singapore mutiny before the news was known to the Kelantan Government.”

4. Usaha British

Selain dari memaksa Sultan mengeluarkan titah untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya, British juga mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.

Bantuan asing itu merujuk kepada siapa? Fikir-fikirkan!

5. Waktu pemberontakan berlaku

Pemberontakan yang dipimpin oleh Tok Janggut ini berlaku pada bulan April. Apa yang uniknya bulan April ini?

Kebiasaanya, pada bulan April, padi telah dituai. Masyarakat pada bulan ini dan beberapa bulan seterusnya hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan mengutip hasil-hasil hutan. Maka dengan kata lain, gerakan pada bulan ini tidak akan membantutkan perkembangan ekonomi masyarakat setempat! Adakah ini masih lagi belum menunjukkan ketersusunan gerakan ini?

6. Tok Janggut, seorang penganalisa

Cantiknya sewaktu pemberontakan ini berlaku, pentadbiran colonial di Kelantan sedang berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya adalah masalah kewangan yang teruk sehingga menyebabkan gaji kakitangannya tertunggak beberapa bulan.

7. Sultan yang misteri


Walaupun dijelaskan yang Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah supaya rakyat Kelantan menyokong British, namun itu hanya dibuat atas dasar keterpaksaan. British tidak mempercayai Sultan Kelantan, lantaran itulah British bertindak mengerahkan askar mereka untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Asalnya, urusan pemberontakan ini diminta diselesaikan oleh Sultan.

Sultan Muhmmad pernah mengatakan tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British. Tentera Jerman adalah sekutu Turki!

Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British!

Nah, sudah terang lagi bersuluh akan keteraturan gerakan ini sebenarnya. Pernah dahulu aku menulis tentang Grand Design pemberontakan menentang penjajah. Maka artikel ini mengupas sedikit sebanyak mengenai Grand Design ini. Sesungguhnya gerakan menentang penjajah di Nusantara ini bukanlah gerakan yang semborono tanpa melibatkan perancangan yang teliti, cuma kita sahaja yang buta! Buta kerana sejarah kita ditulis untuk memenangkan satu pihak sahaja. Sejarah kita ditulis untuk mengagungkan pihak-pihak tertentu sahaja.

*Bahan-bahan rujukan yang digunakan:

1. Tok Janggut, Pejuang atau Penderhaka; Nik Anuar Nik Mahmud
2. Ulama dalam sorotan perjuangan kemerdekaan; Riduan Mohamad Nor, Mohd Fadhli Ghani
3. Keturunan raja-raja Kelantan dan peristiwa-peristiwa bersejarah; Abdullah bin Mohamed
4. Ikhtisar sejarah Kelantan; Abdul Razak Mahmud
5. http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/100-tahun-kewafatan-syeikh-ahmad-al.html
6. http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com/2008/05/syeikh-daud-al-fathani-pengarang-ulung.html

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1222

KHALID IBNUL WALID R.A.


Khalid Ibni Al Walid r.a (592-642) juga dikenali sebagai 'Saifullah Al Maslul' yang bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah, adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam siri peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.

Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-siddiq r.a dan Uthman bin Affan r.a. Pencapaian terulung ialah di mana beliau berjaya mengalahkan tentera Byzantine dan Parsi dalam masa tuga tahun saja.

Khalid ibn Walid r.a adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid Ibn Walid r.a memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad s.a.w atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. beliau menyertai tentera Islam dalam peperangan Mu'tah dan juga beberap peperangan yang lain. Selepas kewafatan Nabi s.a.w, beliau dilantik panglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rome.

dipetik dari Taqwim Islam Maahad Pengajian Islam 1430 H dengan kelulusan MAIK.D231/PK/512/2/Klt.10(82/1430H)

Tuesday, January 27, 2009

ISU PPSMI 19 Januari 2009


MEMBUKA tahun baru pada 2009 begitu mencabar sekali bagi rakyat Malaysia, terutama kerana terpaksa berdepan dengan dua kegawatan besar serentak � politik dan ekonomi.

Kegawatan politik bukan semata-mata kerana pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Rakyat sebetulnya masih keliru nasib masa depan mereka menjelang peralihan kepemimpinan negara pada Mac ini kerana bakal Perdana Menteri telahpun dipalitkan dengan pelbagai skandal, sehingga ada desas-desus supaya Perdana Menteri sekarang tidak melepaskan jawatan.

Terbaru, apabila bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid A Rahman mengakui suruhjaya itu tidak bebas dan terdapat campur tangan kerajaan dalam pengendalian pilihan raya, maka benarlah apa yang dituntut oleh Bersih dahulu.

Di sebalik itu, rakyat sebenarnya amat terdesak dengan unjuran bahawa ekonomi akan lebih parah pada 2009 walaupun dahulunya, Menteri Kewangan seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak menerima implikasi yang teruk. Lihatlah apa yang sudah dialami Singapura, jiran terdekat kita. Hari ini harga getah dan minyak sawit sudah menjunam. Harga barangan pengguna tidak turun-turun walaupun harga petrol sudah diturunkan.

Kini krisis ekonomi dunia sudah mula meresap dan amat dirasai oleh masyarakat negara ini terutama menjelang awal tahun baru. Beban terbesar terpaksa dihadapi oleh ibu bapa ialah persekolahan anak-anak yang memakan belanja besar.

Bagi masyarakat luar bandar dan juga warga bandar yang berpendapatan rendah, musim persekolahan seperti ini amat dirasakan kerana mereka terpaksa membeli pakaian sekolah, buku latihan, yuran tuisyen, tambang bas yang mungkin meningkat sehingga 30 peratus ekoran kenaikan surcaj dan macam-macam lagi.

Tahun dulu rakyat berasa lega apabila kerajaan mengumumkan yuran persekolahan percuma sepenuhnya, tetapi rupa-rupanya ia satu penipuan apabila yang dikecualikan hanyalah yuran antara RM4.50 hingga RM9 dan juga yuran perperiksaan awam. Adapun yuran-yuran lain yang mencecah ratusan ringgit terus meningkat. Buku teks yang diberikan percuma juga tidak begitu bermakna dalam konteks ini kerana sebahagian besar sekolah cenderung menggunakan buku latihan yang terpaksa dibeli berbanding buku teks.

Saya nampak isu ini akan berbangkit semula jika kerajaan tidak mengambil tindakan cepat. Tetapi nampaknya persepsi orang ramai terhadap Menteri Pelajaran menunjukkan beliau mempunyai agenda politik apabila mengumumkan supaya sekolah menangguhkan semua bayaran yuran sehingga Mac 2009. Mungkin ia diperlukan sebagai senjata menghadapi pemilihan Umno pada Mac ini kerana menteri tersebut bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Khabarnya, untuk mengelakkan rakyat 'terperasan' akan strategi ini, menteri itu mengarahkan supaya ia dilanjutkan sehingga Jun 2009. Sekurang-kurangnya ia tidak dikaitkan dengan pemilihan Umno dan selepas itu yuran-yuran tersebut perlu dibayar seperti biasa.

Saya mengucapkan tahniah kepada rakan saya Dato� Seri Hishamudin Hussein kerana begitu licik mengambil kesempatan ini semata-mata untuk kepentingan pemilihan Naib Presiden Umno mac ini. Penangguhan yuran ini bukan untuk kepentingan rakyat. Kerana selepas Jun ini, seperti biasa rakyat harus membayarnya semula. Ia bukan penghapusan yuran, tetapi penangguhan sementara kerana menteri mahu menutup mulut perwakilan sahaja. Tertipu lagi rakyat nampaknya dengan permainan �yuran percuma� untuk musim persekolahan ini.

Apa pun bagi saya, kerajaan harus melihat lebih jauh kerana rakyat sudah tersepit dalam kegawatan ekonomi. Kerajaan patut menanggung sepenuhnya semua yuran ini dan tidak perlu lagi yuran-yuran tersebut dibayar atau ditangguhkan bayarannya.

Memartabatkan bahasa Melayu

Menteri Pelajaran tidak boleh menarik nafas lega jika isu yuran ini sudah tidak berbunyi lagi kerana cerdik pandai Melayu sudah mula membuat kecoh tentang nasib bahasa Melayu. Pelbagai pihak sama ada ahli politik, profesional, pakar bahasa, tokoh pendidikan dan sebagainya sudah meluahkan rasa tidak senang dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun keputusan perperiksaan UPSR dan PMR baru-baru ini yang dikatakan memihak kepada PPSMI, tetapi banyak pihak yang mempertikai.

Dipersoalkan orang apakah dengan meningkatnya jumlah pelajar menjawab soalan UPSR dalam bahawa Inggeris maka ia membawa maksud penguasaan bahasa penjajah itu meningkat. Sedangkan kita tidak tahu berapa sebenarnya di kalangan yang menjawab dengan bahasa Inggeris mendapat A... meningkatkan mereka atau semuanya bungkam! Jumlah tidak mewakili kualiti, melainkan kerajaan menyatakan data yang sebenar.

Berapa ramai yang menjawab dalam bahasa Inggeris untuk UPSR dan PMR boleh bertutur dalam bahasa Inggeris kerana inilah tujuan asal diperkenalkan PPSMI, kerana kononnya ramai lepasan IPTA lemah dalam pertuturan bahasa Inggeris. Tidak mustahil jika ramai pelajar memilih menjawab dalam bahasa Inggeris kerana ia strategi sekolah yang tidak mustahil mengharapkan 'markah bonus' dengan menjawab dalam bahasa isu.

Dalam keputusan PMR juga, sudah ada para pelajar yang mencampur-adukkan bahasa Melayu dan Inggeris dalam jawapan mereka. Semakin kecamuk dan cacamerba nampaknya generasi baru kita dengan dasar ini.

Saya tidak anti bahasa Inggeris, tetapi kita harus berbangga dengan bahasa sendiri. Dahulu, kerana semangat bahasa Kebangsaan inilah orang Melayu bangkit menongkah penjajah yang akhirnya Dato� Onn Jaafar dapat memobilisasikan orang Melayu menentang Malayan Union. Saya mengharap cucunya, Menteri Pelajaran perlu mengambil peduli isu memartabatkan bahasa Melayu.

Apakah erti Perkara 152 yang menjamin kedudukan bahasa Melayu jika sistem pendidikan kita sendiri mengabaikannya. Apa pula erti kita mempunyai Akta Pelajaran, Akta Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sedangkan bahasa Melayu sudah terpinggir.

Saya melihat sendiri kerajaan Republik Chezh menghargai bahasanya dengan memberikan yuran pengajian percuma kepada mana-mana pelajar asing yang mengikuti pengajian perubatan dalam bahasa mereka. Ia bukan kebajikan untuk pelajar asing, tetapi ia adalah inisiatif bagi mengangkat darjat bahasa mereka sebagai bahasa ilmu. Bahasa kita bagaimana?

Kepada Hishamudin, sekali lagi saya nyatakan bahawa saya dan rakyat tak kisah jika beliau ingin mengagendakan isu PPSMI dengan membuat pengumuman menjelang pemilihan Mac nanti dengan menghapuskan PPSMI asalkan bahasa Melayu kembali berfungsi dalam dasar pelajaran negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan BN akur dan sedar bahawa dasar bahasa mereka selama ini merosakan status bahasa Kebangsaan ini. Mereka mesti kembali ke pangkal jalan.

Pemimpin Umno tidak perlu malu untuk mengakui kesilapan, sebaliknya harus berbesar jiwa bagi membetulkan semula kekusutan ini. Semua pihak yang pakar sudah memperkatakan. PAS sudah membawa isu ini ke mahkamah kerana mahukan Dasar Bahasa Kebangsaan dihormati.

Mungkin badan-badan bahasa dan sastera akan bertindak juga dalam masa terdekat ini. Seruan saya hanya satu, mansuhkan sahaja PPSMI!- tajdid _

MENGINGATI PEJUANG SYAHID DI MEMALI

Waktu itu, aku masih lagi bersekolah di Tingkatan Tiga di SM Bachok, Kelantan (sekarang SMK Bachok). Masih ku ingat lagi detik-detik itu, seluruh keluargaku menonton siaran TV yang memuatkan pembohongan terhadap Assyahid Ibrahim Libya. Ternyata kemudiannya, beberapa pembesar UMNO telah menyatakan kebenarannya dan menceritakan perkara sebenar di sebalik peristiwa Hitam yang menjadi catatan sejarah Pejuang Islam di Malaysia, setelah mereka sendiri dibuang dari UMNO. (bukti ini akan aku muatkan ke dalam entri yang lain). Namun aku dan juga pejuang Islam lain, masih juga menyatakan pendirian ku bahawa Assyahid Ibrahim Libya tetap syahid dunia dan akhirat) Allah Huakbar!!!
__________________________________

( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya)

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."
.
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"
.
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan 'siapa pula penjenayah' ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.
.
Keesokan harinya, media-media masa negara bertali arus memaparkan kejadian berdarah tersebut dan itulah kali pertama penyusun mengenali nama Ibrahim Libya dan Memali. Tanda persoalan bertambah kusut apabila melihat bendera bulan di pagar rumah mangsa. Sebilangan sahabat-sahabat turut bingung dan berhati-hati untuk mengulas kejadian tersebut. Pihak yang tidak menggemari kerja-kerja dakwah turut menunding jari kepada ahli-ahli Pas kerana terpengaruh tuduhan tragedi itu berlaku kerana angkara puak pelampau agama, pendakwah dan ajaran sesat. Penyusun masih ingat betapa sukarnya rakan-rakan yang aktif dalam kerja dakwah di pejabat berdepan dengan rakan-rakan sekerja yang masih 'happy go lucky' dan ada muslimat yang bertudung didiskriminasi dan dimalukan.
.
Beberapa hari berikutnya, satu perhimpunan untuk mendengar taklimat pimpinan telah diadakan di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Waktu itu, bangunan markaz masih kecil dan dalam pembinaan. Kami berasak-asak dalam dewan yang kecil dan penyusun duduk betul-betul di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan bila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sedar airmata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun melihat mengesat airmata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong Pas ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) kerana penyusun duduk bersebelahan beliau.
.
Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bercanggah dengan taklimat pimpinan Pas. Tragedi itu betul-betul menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan Pas. Berbulan-bulan media masa melaporkan haru-biru ini dan hampir kesemua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya kerana dianggap penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, bughah dan sebagainya. Sebelum itu, kami nyaris termakan pembohongan bila ditunjukkan ada gambar pengikut tersebut memakai tangkal di pinggang dan meminum air yasin dalam kolam untuk kebalkan diri.
.
Majlis Fatwa samada peringkat Kebangsaan atau Kedah diarahkan menyiasat perkara tersebut, apatah lagi bila ahli-ahli Pas mendakwa mereka adalah para syuhada berdasarkan matlamat perjuangan dan tanda-tanda kesyahidan pada batang tubuh mereka. Penyusun kira pihak berkenaan juga panas miang dan terdesak untuk menyakinkan rakyat bahawa para syuhada itu golongan subersif, sesat dan membahayakan negara. Mereka ( pimpinan politik) ada yang tidak sabar mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan majlis fatwa. Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah 'bughah' dan tidak syahid ma'rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut.
.
Mimpi
.
Dalam suasana muram itu, kami mendapat berita terkini oleh pihak tertentu bahawa ada seorang Tuan Guru Pondok di Kedah telah bermimpi bertemu assyahid. Almarhum kononnya memberitahu 'tunggulah seratus hari' maka kami pun tertunggu-tunggulah hari tersebut. Penyusun melakarkan kisah ini hanyalah untuk mengimbas kembali situasi gawat waktu itu dan kesimpatian kami yang mendalam terhadap para sahabat yang telah mendahului kami dalam perjuangan ini. Ironisnya, saban hari membelek bilangan hari di kalendar hingga hari ke seratus.. tidak pulak kami melihat sebarang tanda perubahan. Maha suci Allah yang menguasai alam ini, apakala tersibar berita gempar dalam negeri tentang surat perletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sesalinan surat perletakan jawatan yang tersibar luas itu tercatat tarikh 'bertepatan' hari keseratus mengikut kalendar hijrah. Lagi sekali airmata penyusun berlinangan tanpa malu mengenang kebobrokan manusia yang hilang kewarasan demi menyahut kebatilan.
.
Teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:
.
" Apabila engkau melihat umatku takut untuk berdepan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya" - hadith riwayat Imam Ahmad.
.
"Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah saw yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. "
.
Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato' Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi saw yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini memutarkan ingatan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal( baca perenggan kesembilan di atas). Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah saw sendiri.
.
Kemudian, apabila berlaku pergeseran antara dua pihak dalam UMNO sehingga terbentuknya 2 team dan berakhir pula kepada pengharaman parti kebangsaan tersebut. Lagi sekali media masa tanpa sedar memaparkan perang mulut kalangan mereka hingga saling tuduh menuduh punca angkara tragedi berdarah itu. Akhirnya, ahli-ahli Pas khususnya termaklumlah akan siapa banjingan utama dalam kejadian tersebut dan siapa pula pihak yang menjulang panji kebenaran. Mereka membuka pekung sendiri dan tidak mustahil percikan darah syuhada itu telah mengenai pakaian orang-orang memfitnah para syuhada tersebut.
.
Biografi Asy Syahid
.
Ustaz Ibrahim Mahmood dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Baling adalah sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebelum ini terkenal sebagai daerah termiskin dan retetannya para petani yang disokong oleh para mahasiswa negara pernah mengadakan demotrasi terbesar di awal tahun 1970an. Di sana jugalah terjadinya perundingan antara pentadbiran kerajaan Tanah Melayu dengan pimpinan parti kominis Malaya pimpinan Ching Peng.
.
Ketika penyusun sempat bertugas di pekan Baling ini beberapa tahun lalu, penyusun dapati pembangunan daerah ini agak perlahan tetapi tidaklah seteruk dalam gambaran pemikiran sebelum menjejakkan kaki ke sana. Keperitan hidup petani mungkin tidak menyamai kepedihan luka-luka peninggalan tragedi berdarah yang ditanggung oleh waris peninggalan para syuhada dan mereka yang cedera. Cemuhan dan lebel sebagai keluarga pengkhianat negara sudah cukup membekas dalam sanubari. Pihak yang tidak menyenangi assyahid di Memali masih menaruh syak wasangka bahawa mereka 'tidak syahid' dan terus menyakininya.
.
Berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjayanya, terbukti assyahid mendapat pendidikan yang terbaik. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Poko Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadith. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir. Lepas itu menamatkan pengajiannya di Libya pula.
.
Bertugas di Jabatan Perdana Menteri
.
Dalam buku kisah perjuangannya, dinyatakan bahawa assyahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
.
Membina Madrasah
( sambungan kisah ini akan diteruskan setelah penyusun menemubual adik assyahid iaitu Ust. Ismail Mahmood, beliau juga turut tercedera dalam tragedi tersebut)

Monday, January 26, 2009

PERBAHASAN TENTANG IDEOLOGI HAMAS DAN FATAH

KALAU hendak dibuat perbandingan ideologi parti, maka boleh disamakan Hamas dengan PAS, Fatah dengan Umno dan Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin (PFLP) dengan KeADILan. Hamas asalnya Ikhawanul Muslimin cawangan Palestin dengan pemahaman bahawa gerakan Islam itu, diasaskan di Mesir oleh Hassan Al-Banna ditubuhkan di seluruh negara-negara Arab, maka termasuklah di Palestin.

Pada tahun 1948, entiti yang dikenali sebagai Palestin hilang daripada peta dunia apabila Israel diisytiharkan sementara wilayahnya di sekitar Sungai Jordan dijadikan Transjordan dan kemudian dikenali sebagai Jordan. Bagi Israel, Britain dan Amerika Syarikat, Jordan itulah yang menggantikan Palestin. Maknanya Palestin terbahagi kepada dunia, negara Yahudi dan Arab. Maka yang Yahudi menjadi Israel sementara yang Arab menjadi Jordan.

Jordan sebagai menggantikan Palestin jelas apabila kedua-dua tebing Sungai Jordan menjadi wilayahnya iaitu Tebing Timur dan Tebing Barat. Namun begitu ibu negara Jordan ditempatkan di Amman di Tebing Timur sementara Baitulmaqdis masih dimiliki Jordan terletak di Tebing Barat. Israel pula diberikan ibu negaranya di Tel Aviv. Sementara Gaza yang juga merupakan sebahagian daripada Palestin diberikan kepada Mesir.

Bagaimanapun, kedudukan begini tidak mendatangkan kepuasan kepada dua-dua pihak. Baik pihak Arab mahupun Yahudi. Bagi pihak Yahudi yang ideologinya sudah menjadi Zionis baru atau boleh dipanggil neo-Zionis, mereka mula mencita-citakan sebuah Israel Raya, atau Greater Israel yang meliputi bukan saja wilayah Israel yang mereka peroleh pada tahun 1948 tetapi merangkumi wilayah dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq. Ataupun sekurang-kurangnya ia meliputi Semenanjung Sinai, Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan. Tetapi paling penting ialah Baitulmaqdis yang ingin dijadikan sebagai ibu negara Israel Raya.

Sebenarnya aspirasi Israel Raya ini bukan cita-cita asal Zionis. Boleh dikatakan ia menjadi cita-cita neo-Zionis yang dilandaskan oleh nasionalisme Yahudi dan fundamentalisme Judaisme. Perlu dibezakan antara Yahudi sebagai bangsa dan agama, yang digunakan istilah Judaisme. Pada asalnya penganut agama Judaisme dan juga bangsa Yahudi tidak mempunyai cita-cita nasional iaitu untuk mempunyai negara sendiri.

Tetapi fahaman Zionis memberi landasan kepada cita-cita bernegara sendiri. Pada asasnya Zionis hanya bersifat nasionalisme tetapi bukannya keagamaan. Malah ia lebih bersifat kepada sosialisme dengan gagasan kibbutz sebagai gerakan koperasi kebajikan. Maka Zionis yang meruakan gerakan sekular hanya menuntut sebuah negara Yahudi tidak kira di mana. Malah pada awalnya, cadangan supaya negara Israel diwujudkan di Uganda juga diterima. Kesatuan Soviet juga memberi suatu wilayah untuk Yahudi di dalam pentadbirannya. Justeru apabila Israel diwujudkan di bumi Palestin dengan ibu kotanya Tel Aviv, ia sudah merupakan sesuatu yang lebih daripada cukup.

Tetapi kemudian setelah memperolehi wilayah itu, mereka menjadi tamak dan menginginkan sebuah negara Israel raya yang besar. Ketamakan ini merebak yang pada mulanya sektor Yahudi dalam negara Palestin sudah dapat mereka terima. Komuniti Yahudi diwujudkan dalam negara Palestin bersama dengan komuniti Arab merupakan kedudukan yang terbaik sebenarnya. Tetapi apabila memperolehi negara sendiri pada tahun 1948, ia semakin galak untuk meluaskan kawasannya.

Tentu pihak Arab sedar perkara ini dan mereka tidak boleh mengiktiraf kewujduan negara Israel. Lebih-lebih lagi apabila tanah-tanah Arab yang berada dalam penguasaan Israel dirampas dan pemiliknya dihalau secara besar-besaran ke Tebing Barat Jordan dan Gaza di Mesir. Reaksi kewujudan Israel juga menggalakkan kesedaran nasionalisme kiri Arab yang dipelopori Presiden Gamal Nasser dan fahaman Baathisme yang dipegang Hafez Assad di Syria. Image

Maka rasa tidak puas hati ini membawa kepada negara-negara Arab berpakat untuk mengambil baik wilayah Palestin yang menjadi Israel. Peperangan tahun 1967 dilancarkan bagi membebaskaan Palestin. Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang bermusuh dengan nasionalis kiri pimpinan Nasser bagaimanapun turut berjihad untuk membebaskan Palestin.

Intifada dimulakan Hamas

Bagaimanapun, perang itu membawa kepada kekalahan di pihak Arab. Israel menawan bukan saja Gaza tetapi Semenanjung Sinai. Walaupun cita-citanya untuk sampai ke Sungai Nil tidak kesampaian tetapi Terusan Suez dapat ditawan. Selain itu seperti yang dicita-citakan Israel menawan Tebing Barat Jordan dan Baitulmaqdis. Begitu juga, mereka dapat menawan Bukit Golan daripada Syria. Maka ramailah rakyat Palestin yang lari ke Jordan dan Mesir.

Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin menerima tekanan teruk daripada Nasser. Banyak aktivisnya berpindah ke negara-negara Arab lain dan menubuhkan cawangan masing-masing. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Jordan, Syria, Iraq dan negara-negara Teluk. Ia menjadi gerakan Islam bagi dunia Arab. Bagaimanapun, pada ketika itu Ikhwanul Muslimin belum ditubuhkan di kalangan rakyat Palestin.

Fahaman Ikhwanul Muslimin juga tersebar di kalangan para pelajar negara Islam lain yang menuntut di Kaherah termasuk Malaysia dan Indonesia. Pengaruh terhadap pelajar Indonesia membuahkan Majlis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi), parti pertama yang menang pilihan raya umum di negara itu. Di Malaysia, pengaruhnya yang bercampur baur dengan Masyumi memberi ilham kepada penubuhan Majlis Tertinggi Islam (MATA) sebagai cermin Masyumi di negara ini, kemudian berubah menjadi Hizbul Muslimin dan akhirnya ia muncul sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Adalah suatu yang mudah untuk difahami bahawa gerakan Islam di mana-mana pun termasuk PAS memberi sokongan penuh kepada perjuangan Palestin yang di dalamnya usaha membebaskan Masjidil Aqsa. Tentunya Yahudi dilihat sebagai musuh Islam dan fahaman ini menjadi asas kepada mana-mana gerakan Islam. Sebaliknya Umno pada asalnya tidak mempunyai pendirian seperti ini. Pada awal kemerdekaan negara juga, ada kesediaan kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman yang sentiasa menyebelahi Amerika dan Britain untuk mengiktiraf Israel. Hanya selepas Perang 1967 apabila ternyata Israel menakluki wilayah negara jiran Arabnya, barulah Malaysia tegas menyokong Palestin. Image

Tetapi tindakan Tunku yang mengecewakan dalam hal pengiktirafan Israel ialah apabila dia secara bersendirian mengambil keputusan mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Di Singapura sememangnya terdapat komuniti Yahudi. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah walaupun Ketua Menteri dipilih pertama Singapura, David Marshall berketurunan Yahudi. Itu juga tidak menjadi masalah. Masalah hanya timbul apabila Tunku mengeluarkan Singapura daripada Malaysia pada 1965.

Sebaik dikeluarkan, Singapura mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Ia juga mendapat latihan tentera daripada Israel. Maka tidak semena-mena wujud pangkalan Yahudi di tengah-tengah samudera Melayu. Ketiga-tiga negara Asean ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel: Singapura, Thailand dan Filipina.

Ketika dalam buangan di Tebing Timur Jordan, pada akhir 60-an, anak-anak muda Palestin tentu tidak puas hati dengan keadaan mereka. Fahaman nasionalisme Palestin digagaskan oleh Yasser Arafat yang tegas mahu meneruskan entiti Palestin. Jordan bukannya Palestin. Bumi yang diduduki Israel itulah Palestin. Konsep kenegaraan Palestin inilah yang menjadi inti perjuangan Fatah. Kumpulan nasionalis ini mendapat sokongan Mesir, Syria dan Iraq. Tetapi ada golongan lain yang tidak puas hati dengan Fatah. Mereka percaya jalan revolusioner sosialis adalah terbaik.

Mereka menubuhkan PFLP. Kumpuan ini mendapat sokongan golongan kiri seluruh dunia termasuk negara-negara komunis. Jadi kalau hendak dibuat perbandingan, Fatah adalah seperti Umno dan PFLP adalah seperti Parti Rakyat. Kedua-duanya serta lain-lain gerakan bergabung dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Mereka kemudian melakukan serangan ke atas Tebing Barat daripada Tebing Timur Jordan. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Israel yang memberi tekanan kepada Jordan. Akhirnya Amman menghalau mereka keluar dari Jordan. Mereka kemudian mendapat perlindungan di Beirut, Lubnan.

Dari Lubnan, mereka terus melakukan serangan. Ini menimbulkan kemarahan dan Israel menyerang Lubnan dan menekan Beirut supaya menghalau PLO daripada negara itu. Arafat dan PLO terpaksa pindah dan diberi tempat oleh Tunisia di Tunis. Setelah mereka pergi, tentera Israel membenarkan tentera Kristian Lubnan, Falangis melakukan pembunuhan ramai ke atas pelarian Palestin di Shabra dan Shatilla.

Perkara itu berlaku pada tahun 1980-an setelah Mesir diikat oleh Israel melalui perjanjian. Kedua-dua Jordan dan Mesir mengiktiraf Israel dan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mengundurkan diri daripada Sinai. Itu berlaku selepas Perang Ramadan pada tahun 1973 yang menyaksikan kejayaan Mesir membebasakan Sinai walaupun Syria gagal mengambil balik Golan.

Dengan berada jauh di Tunis, perjuangan Palestin oleh PLO lumpuh. Dalam keadaan ini, rakyat Palestin yang tertekan menubuhkan satu organisasi baru, yang lebih kuat dari segi ideologinya dengan meletakkan Islam sebagai landasan perjuangan. Bermula dengan penubuhan cawangan Ikhwanul Muslimin di Gaza, maka lahirlah Hamas. Pada mulanya Israel dan Amerika menggalakkan aktiviti Hamas yang bersih daripada rasuah dan menubuhkan hospital serta sekolah. Tetapi sokongan Israel dan Amerika bertujuan ia dapat melemahkan PLO.

Tentunya penduduk Palestin tidak puas hati dan mereka melancarkan intifada pada lewat 80-an. Penggerak intifada ini ialah Hamas. Pertubuhan ini tidak pernah menyertai PLO. Israel berasa terdesak dan memanggil kembali PLO dan timbul gagasan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza. PLO dipaksa mengiktiraf Israel. Sementara Israel memindahkan ibu negaranya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis Barat. Jordan dan Mesir yang sudah terikat dengan Israel dan Amerika melepaskan Tebing Barat dan Gaza untuk ditubuhkan negara Palestin.

Tetapi Hamas tidak boleh menerima itu. Mereka tetap tidak mahu mengiktiraf Israel kerana bumi Israel itu adalah milik Palestin. Mereka, tidak seperti PLO tidak mahu meletakkan senjata kerana kalau Israel boleh mempunyai angkatan tenteranya sendiri, maka kenapa pula tidak Palestin. Dari segi Islam, Baitulmaqdis adalah kota suci Islam. Maka terpulang pada umat Islam untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Syariah. Tidak ada siapa di luar umat yang patut menghalang aspirasi umat Islam. - azm _

Perhimpunan Sempena Pelancaran Tabung Amanah Rakyat Palestin

Malam itu aku hadir di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, bermunajat bersama-sama puluhan ribu pejuang Islam kehadrat Allah s.w.t, memohon Allah s.w.t memberikan sifat sabar kepada pejuang Islam di Palestine. "Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali redha akan diri kita sehiggalah kita mengikut mereka". Semoga Allah memberikan kekuatan Iman kepada semua pejuang Islam di setiap zaman dan tempat.


KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi.

Mereka bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel.

"Kami bukan lagi menangisi rumah, sekolah, hospital dan harta benda lain yang musnah dibedil tentera Yahudi sebaliknya kemuliaan sekarang untuk menghadapi mati syahid.

"Inilah cita-cita terbaik yang ada pada setiap rakyat ketika darah masih mengalir dan api masih menyala di bumi Palestin sekarang," kata seorang pemimpin Hamas, Najis Suris Al Ghaza.Image

Beliau mendedahkan perkara itu pada program Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi.

Program tersebut dianjur kerajaan negeri, dihadiri lebih 10,000 rakyat Kelantan pelbagai kaum. Mereka senada mengutuk keras keganasan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Palestin sekarang.

Najis berkata, umat Islam di Gaza sejak dahulu lagi yakin dengan janji Allah bagi memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya.

Kata beliau pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin oleh tentera Yahudi bukan perkara baru, malah ia berlaku sejak 1948 lagi apabila Israel menceroboh bumi Palestin.

ImageMenurutnya rentetan keganasan Yahudi dapat dilihat di Sabra dan Satila pada 1984 apabila ramai umat Islam mati dibunuh dengan kejam.

"Jangan mengharapkan Israel akan berdamai dengan umat Islam kerana ia tidak menjadi matlamat bagi mereka. Malah pemimpin Yahudi akan dianggap wira oleh rakyatnya apabila dapat melancarkan serangan ke atas umat Islam di Palestin.

"Pemimpin yang berjaya mencetuskan peperangan akan dipuji rakyat Israel. Bagaimanapun mereka lupa kekuatan sebenar hanya dimiliki Allah Taala," katanya.

Katanya juga Hamas di bawah Perdana Menteri, Ismail Haniyah akan terus bersama rakyat bagi menghadapi serangan Israel.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip malam tadi akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain.Image

Menurutnya program pelancaran Tabung Cakna Palestin diadakan bagi menggambarkan perkongsian penderitaan rakyat Kelantan tanpa mengira warna kulit dan agama terhadap umat Islam di Palestin.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin berkata, sudah banyak resolusi yang dibuat di peringkat antarabangsa bagi mengutuk kekejaman Yahudi, namun mereka tidak pernah menghiraukannya.

Oleh itu katanya Malaysia sebagai anggota Persidangan Negara Islam (OIC) perlu melakukan sesuatu termasuk menyerahkan desakan bertulis kepada Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Beliau juga mendesak resolusi yang diputus pada persidangan khas parlimen Malaysia bagi mengutuk kekejaman Israel baru-baru ini turut dihantar kepada Parlimen Kesatuan Eropah dan lain-lain pertubuhan peringkat antarabangsa.

"Namun berdasar kepada pengalaman lepas sebarang resolusi tidak pernah dihiraukan Yahudi, maka OIC perlu bertindak segera bagi menghantar pasukan pengaman ke Palestin.

"Persoalannya adakah OIC mampu menghantar pengaman seperti yang pernah dilakukan di Bosnia Hergovina sebelum ini," katanya.

ImageBeliau juga berharap rakyat Malaysia kosisten memboikot produk yang ada kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel sebagai mengajar keangkuhan mereka.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berharap Malaysia mengiktirafkan kerajaan Hamas di Palestin kerana parti itu telah memenangi pilihan raya yang diadakan beberapa tahun lalu.

Selain itu beliau meminta kerajaan mengambil langkah tegas termasuk memutuskan kerjasama pertahanan dengan Amerika Syarikat.

Ini kerana kata beliau negara kuasa besar itu berhasrat menguasai sepenuhnya bumi Palestin melalui tindakan kroninya Israel.

Pada akhir program itu pelbagai agensi kerajaan tampil mengisi Tabung Cakna Palestin.

Kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias menyumbang sebanyak RM500,000.

Lebih RM1 juta berjaya dipunggut malam tadi. - mj _