Wednesday, January 28, 2009

KHALID IBNUL WALID R.A.


Khalid Ibni Al Walid r.a (592-642) juga dikenali sebagai 'Saifullah Al Maslul' yang bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah, adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam siri peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.

Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-siddiq r.a dan Uthman bin Affan r.a. Pencapaian terulung ialah di mana beliau berjaya mengalahkan tentera Byzantine dan Parsi dalam masa tuga tahun saja.

Khalid ibn Walid r.a adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid Ibn Walid r.a memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad s.a.w atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. beliau menyertai tentera Islam dalam peperangan Mu'tah dan juga beberap peperangan yang lain. Selepas kewafatan Nabi s.a.w, beliau dilantik panglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rome.

dipetik dari Taqwim Islam Maahad Pengajian Islam 1430 H dengan kelulusan MAIK.D231/PK/512/2/Klt.10(82/1430H)

No comments:

Post a Comment